Showing posts with label POTRAIT. Show all posts
Showing posts with label POTRAIT. Show all posts

Monday, March 8, 2010

RC STUDENTS

0 comments



Entry kali ni aku cuba nak ketengahkan tema poster filem. MENIRU.. ya meniru poster-poster filem yang pernah dikeluarkan oleh produksi Malaysia. Kenapa meniru.... dah tiada idea dah ke?, apa daaa TIRU!!!! dan macam-macam lagilah yang diperkatakan. Sebenarnya meniru adalah salah satu cabang untuk kembangkan idea kreativiti kita yang mana akan diinovasikan menjadi satu idea baru. ini salah satu komponen REKA CIPTA. Bukan maksud meniru masa peperiksaan. itu memang tak bolehlah., bukan kreativiti namanya tu. NURKASIH, SEPET dan ketuhanan yang dijadikan tema shooting kali ni. Student RC memang sporting habis dan pelajar yang tidak biasa di depan kamera pun boleh buat pose dengan menarik mengikut gambar contoh yang aku dah print awal-awal lagi. Senang diorang nak tiru gaya, tak payah pikir teruk2. oklah thanks a lot to :

1. NELLCHEY
2. KIMBERLY
3. MORINI
4. MELVIN
5. ENDDRA

Crews : Barry, Josue, Fifi, Lilianah.

Wednesday, February 3, 2010

KIDS PORTRAITURE

0 comments




Outing dengan geng-geng photographer bingkor dengan tema KID PORTRAITURE. Kenapa pilih tema ni ?... aku memang suka ambil gambar budak-budak sebab lebih natural. budak- budak ni post tak dibuat-buat dan yang penting moment yang natural @ dramatic photography. Untuk sesi outing kali ni seramai 3 kids yang terlibat iaitu anak cikgu rozana, anak bujang cikgu Angeline dan anak Sazali. Apa yang boleh aku cakap, shoot kali ini amat berbaloi walaupun terpaksa berbaring-baring atas padang bola. habis gatal satu badan. apa lagi bising orang rumah aku sebab baju berbau..hehehehehehhehe takpa yang penting gambar cantik. Bebudak ini dibiarkan bermain ikut suka hati dia dan tugas barisan photographer snap saja ikut citarasa masing-masing. Sebenarnya outing ini adalah sebahagian aktiviti Kelab Fotografi SMK Bingkor yang baru ditubuhkan pada tahun ini. oklah nanti aku post next picture pulak.

Monday, November 2, 2009

JALAN2 CARI FOTO

0 comments




Hari ini 2/11/2009 aku plan nak shoot potrait dengan student Bingkor tetapi disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa ubah plan asal. Kali ini aku shoot budak-budak mandi manda di tali air dekat Kg Apin-Apin Keningau. Memang seronok tengok gelagat budak-budak ni yang membesar di persekitaran sawah padi dan tali air. Petang acara mandi manda di tali air. jimat air dan x perlu susah bayar bil air.hehehe. Kalaulah masa dapat diputarkan semula, nak je rasanya aku balik kezaman kanak-kanak aku yang penuh dengan keriangan dan aktiviti mandi di sungai. Mandi dari awal pagi sampailah ke petang. Bukan tau nak balik rumah, makan nasi pun x ingat, seronok sangat mandi sampai lupa segala-galanya. Bila matahari pun dah tenggelam, barulah ingat nak balik. Perghhhhhhh.. seronok betul. Tapi sekarang aku kembalikan kenangan lama dengan snap bebudak ni bermain / mandi di tali air. Sebenarnya dalam masa yang sama aku praktis shoot ala journalism sebagai persiapan untuk photoshoot di Semporna pada 5-7/11/2009. Practice make perfect. perancangan yang teliti amat penting untuk hasilkan sekeping gambar yang "wowwwwwwwww'.

Friday, October 9, 2009

ULANGKAJI

0 comments
Minggu Ulangkaji bagi persiapan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 4. Pelajar 4 UKM tidak ketinggalan untuk menghadiri kelas tambahan bagi matapelajaran Reka cipta. Aku wajibkan semua pelajar hadir untuk memastikan semuanya lulus semasa peperiksaan nanti. Tapi tidak ramai yang hadir, itulah cabaran seorang guru. Selepas kelas tambahan sesi shooting dijalankan di studio cikai RC. Tema kali ini adalah "minggu Ulangkaji" jadi post2 sedang mengulangkaji mata pelajaran adalah diutamakan. mesti ada yang tertanya-tanya, buku apa yang Kimberly dan Morini baca ini, lain macam besarnya ini. sebenarnya ini adalah folio RC yang mana elemen 1.1 dan 1.2 masuk juga dalam peperiksaan akhir tahun ini. so pelajar RC kena juga study folio. oklah kepada semua pelajar RC 'SEMOGA BERJAYA DAPAT A1' .

Saturday, September 12, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

0 comments



Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. itulah kata2 yang selalu disebut apabila menjelang hari raya. kita akan menghantar sms, mms dan dll untuk mengucapkan kata tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Untuk tujuan shooting tema hari raya tahun ini, aku telah shoot di Studio Cikai RC, SEMEKEB, Bingkor Keningau. Macam biasa student RC memang sporting terutama Liselle, Jaswendy dan Sulaiman yang begitu excited untuk menjayakan shooting tema hari raya ini. Syarat wajib mesti memakai baju kurung @ baju melayu ( bahasa tempatan baju Selangor). Shooting ini bagi sangat sempoi dan begitu enjoy walaupun di buat pada bulan puasa. hilang rasa penat, dahaga dan lapar bila melihat gambar di lcd camera. Aku memang puas hati shoot kali ini walaupun banyak kekurangan terutama dari segi lighting yang tidak mencukupi untuk dapat gambar yang betul2 perfect. aku hanya ada 2 flash dan satu umbrella sahaja. walaubagaimana pun kekurangan ini bukan satu alasan untuk aku dapatkan gambar yang berkualiti dengan berbekalkan gear yang ada. Bukan gear yang banyak dan mahal penentu kualiti gambar tetapi skill seseorang photographer yang paling penting. shooting kali ini aku lantik Si Sang sebagai art director. tujuan sebenar aku lantik dia ialah untuk dedahkan dengan teknik art posing yang ada penceritaan disebalik sekeping gambar. Yaaa.. dia lakukan tugas dengan baik dan berbakat untuk pergi lebih jauh. Sekarang ni aku juga dedahkan Calsend dalam bab post processing terutama penggunaan photoshop CS3. Moga dia berjaya apabila tamat sekolah nanti dan lebih baik dari aku. hehehe. Berbalik kepada tema, jasa ibu bapa kita cukup besar dalam mendidik anak untuk jadi seorang yang berjaya. aku cukup sayu ketika melakukan proses editing yang diselitkan dengan lagu hari raya. entahlah tiba2 aku teringat masa kecil ketika menyambut hari raya dalam keadaan serba sederhana. nak dapatkan sepasang baju raya baru pun susah, terpaksa menolong menjual kueh, air di pasar ramadan. aku tak merungut pun sebab memang dah paham keadaan kedua ibu bapa aku. Tahun ini aku beraya di Keningau dan Raya haji di Kubang Kerian Kelantan. Kepada sesiapa sahaja, member2, anak didik aku, silalah datang beraya di rumah aku. Akhir sekali ucapkanlah ribuan ampun dan maaf kepada insan yang paling bermakna dalam hidup kita selagi mereka bernafas. kepada mereka yang sudah tiada hanya doa diiringi . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ikhlas dari GOMOGI Photography.

Art Director : Si Sang
Photographer : Mazlan
Editor : Mazlan
Lighting : Calsend

Wednesday, August 19, 2009

ANAK-ANAK MERDEKA

1 comments


Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 52 ini aku dan Fairuz cuba shoot tema 1 malaysia dan kemerdekaan. Fairuz bertanggungjawab untuk create storyboard dan kami plan begitu teratur untuk memastikan shooting berjalan dengan lancar dan yang penting kami dapat apa yang diimpikan. Shoot ini kami himpunkan pelajar yang berbeza bangsa untuk sesuaikan dengan tema 1 Malaysia. Pelajar adalah dari kalangan pelajar 5 UM, 5 UTM dan 5 UKM. Lokasi yang dipilih ialah di Jambatan Kg Bandukan Baru, Bingkor. Memang petang tu di atas jambatan cukup meriah macamlah kami punya jambatan. menyusahkan org Kg saja.heheeh. Apa2 Thanks a lot to Bandukan Villagers kerna sabar dgn karenah kanak2 riang ini. x lupa juga thanks to 2 org crew GOMOGI Photography ( SANG & KACHUN ) di atas kesabaran memegang umbrella dan light stand. Nanti T-Shirt menunggu anda !!!. oklah enjoice. tunggu pict merdeka siri pelajar perempuan dan guru.

Friday, July 31, 2009

LUNA

0 comments











31 Julai 2009 di kawasan SMK Bingkor sekali lagi aku shoot bagi memenuhi kehendak student 5UKM. Hari tu aku untuk pelajar lelaki, so.. tensionlah students perempuan.. so untuk adil aku shoot jugak tetapi aku x mau shoot streotaip yg sama dengan aku shoot hari tu. Aku dah plan dan cuba sketch skit2 apa komposisi dan moment yang aku mau. Alhamdulillah aku dapat apa yang di rancang, cuma shoot di tepi kolam x sempat buat kerana dah hampir jam 6 petang. Sebenarnya aku dan students 5UKM lepaskan tension setelah diaorang sekian lama bertungkus lumus menyiapkan folio. Aku pun tension jugak kerana hampir setiap hari kena datang bengkel untuk guide diorang. so habis pentaksiran aku bagitau students perempuan 5UKM untuk shoot ala poster filem. Diorang mmang sporting habis terutama Betria yang x aku sangka bleh berposing dgn natural. Nice post. Shoot ni jugak aku nak apply apa yang bro Suhaimi (Labuan) bagitau aku semasa lepak2 di kedai kopi Labuan. Paling terkesan dalam kepala otak aku, tentang statement " buat gambar" jangan " cari gambar". Apa beza buat gambar & cari gambar ?. Buat gambar maknanya kita dah plan siap2 apa gambar yg kita mau. plan ikut flow dan klu bleh sketch skit supaya kita x buang masa di lokasi. So kita akan cuba dpat shoot yang terbaik untuk hasilkan satu keping gambar yag memberi seribu makna. Cari gambar pula, kita tercari2 gambar dan di lokasi baru kita pikir apa yg nak shoot. mmg x akan dapat gambar yg memberi impak. kita tolak ketepi faktor LUCK, kerana takkan sebagai photographer kita bergantung kepada luck. sebaiknya kita gunakan element sekeliling untuk dapatkan shoot terbaik. Sebaiknya survey dulu lokasi yg kita nak shoot. klu yg ni x perlu survey lah sebab si sek aku.hehehehe. Selain itu titik beratkan element :
1. clean background
2. contrast object/ background
3. RO3
Oklah thanks a lot to :
Betria, Liselle, Siti, Earny, Ribka, Esther
Belakang Tabir : Sanggaria, calsend, jackley, jaswendy.
Geng Photographer : Fairuz, Sazali



Saturday, July 18, 2009

experiment

0 comments


upload lagi koleksi shoot ala iklan ni.

Thursday, July 16, 2009

EXPERIMENT

0 comments







Bosan sibuk dengan seliaan folio Reka cipta, aku ambil kesempatan shoot ala iklan dengan bantuan students 5UKM. aku bagi diorang release tension sebab dah berapa minggu siapkan artifak dan folio. so x dalah sakit mental diorang ni. Lokasi shooting di kawasan lalang dekat padang SMK Bingkor. aku mmg dah plan apa yang aku nak dari shooting ni. so x dalah buang masa pikir di lokasi pengambaran. kerjasama bebudak RC mmg sgt bagus dan cukup sporting. maklumlah kena ambil gambar. Tujuan aku shooting sebab lama dah x pegang camera dan outing outdoor ni kiranya lepas gian laa ni. secara teknikal aku guna 1 flash saja dan trigger dan ditambah dengan ambient light. aku cuba shoot dan edit macam otai DIDIZ ( fotokahwin) dan hasilnya aku puas hati walaupun hanya 60% yg menepati apa yang DIDIZ buat. bagi aku yang penting praktikkan apa yang kita blajar dari blajar2 tapi duduk diam x buat apa2. rugi ilmu yang diperolehi. peringatan untuk aku jugak. so thanks to all guys , SANGARIA, JACKLEY, CALSEND and JASWENDY.


Monday, July 13, 2009

My cause CIMB Foundation

1 comments

Hari ahad 12/07/09 aku dgn bingkor photog ( saidil, sazali , fazly) pergi ke KK untuk hadiri seminar photography ajuran CIMB Foundation. Tujuan sebenar penganjur adalah untuk bagi taklimat syarat2 pertandingan dan juga penerangan serba sedikit berkaitan dengan tema iaitu Komuniti, Sukan dan Pendidikan. Banyak aspek yang bleh di shoot dalam ketiga2 tema ni. jadi pilihlah mana yang berkenan di hati. Yang bestnyer hadiah pertama RM 30,00. WOW!!!!. pakcik kayoooo kalu menang.. angan jelah ni.. tapi yang penting pertandingan ini lebih kepada kebajikan dan tujuan utama CIMB ialah untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jadi adalah juga sumbangan kebaikan. Untuk workshop photography, saudara Amri Ginang ( Otai & pakar lighting) telah berkongsi ilmu photography dan cara2 nak shoot model. selain tu Bro Amri juga mengajar teknik editing di CS4. Banyak juga ilmu aku dapat dan x sia2 aku attend course ni wlpun datang dari jauh dan tengah malam baru sampai rumah. Gali ilmu.

Thursday, June 18, 2009

SHOOT MODEL

3 comments




Cuti sekolah tiada job wedding sempatlah aku shoot model dgn Mr Lyanglahart. model2 ni budak sekolah lagi dan aku puas hati kerana banyak ilmu yg aku dapat. macamana nak setting lighting, rim light, fill light, key light dan mcm2 lagi istilah. setup shoot ni simple saja, guna 3 speedlight ( 1x SB900, 1x SB800 dan 1x SB 600). semua setup power 1/1. cuma frust skit sebab bateri kong awal. shoot model ni sebenarnya banyak manfaat terutama klu nak serius dlm wedding photography. byk bleh apply. Gambar no 2 dari atas shoot di bengkel RC dan bebudak RClah yang jadi mangsa.heheh. ni namanya Sanggora ( bukan nama sebenarnya). simple setup, kebetulan aku ada kertas A3 di dinding untuk sudut galeri RC. so aku guna semaksimum mungkin. guna umbrella, 2 speedlight. semua set power 1/1. oklah layannn.

Monday, May 4, 2009

AHMAD FARIS NUR

0 comments

Ahmad Faris Nur. anak pertama aku. hobby suka main games ps2. nipun aku baru keluarkan sejak tahun lepas simpan sebab x terkawal. ni pun bleh main sekejap saja dan habis main simpan balik dan aku kunci. mmg budak cepat 'tangkap' bila main games. kekadang terpikir juga aku, x pernah ajar cara2 setting di komputer tapi faris ni bleh ubah setting dan macam2 dia dah ubah komputer bapak dia. mujurlah aku dah set desktop kat rumah dah jadi milik dia. so x lah tension sgt. satu lagi kalu tanya dia cita2 mau jadi apa, mesti dijawab nak jadi ' computer engineer'. klu cikgu tanya pun dia jawab benda yang sama.

DAYANG ARIBAH HANUN

0 comments
Dayang Aribah Hanun. empunya nama ni adalah anak buah aku. dia punyalah excited suruh ambil gambar dia sebab jelous adik dia Dayang Siti Aishah dah kena ambil gambar. so x adillah. kebetulan semalam celebrate mother day dan trus atur untuk shoot family dan individu. Kebetulanaku boring giler malam tu, so bagus shoot potrait sambil tambah skill mana yang blum mahir lagi. practice make perfect katakan. gambar ni di ambil di ruang tamu rumah mentua aku. simple setup saja, 2 flash (SB 600 slave, SB 900 master), reflector. dua2 flash guna manual dan commander mode ( built in flash 1/128, slave 1/64/ master 1/64). aku x da lagi light stand, so si Awang lah jadi mangsa tukang pegang flash dan reflector.

Thursday, April 30, 2009

MODEL REKA CIPTA

0 comments







Students 5 ukm sedang membuat model masing2 berdasarkan lakaran yang telah dilukis. Pelajar Reka cipta 5UKM merupakan generasi pertama dan penentu samada result SPM 2009 ni lulus 100% atau sebaliknya. Semua pelajar RC begitu komited dengan tugasan masing2 dan memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan memperolehi markah folio yang tinggi. Sebelum ni pelajar hanya melakukan lakaran dan perbincangan di bawah pondok tepi kolam. tapi dengan siapnya wiring di bengkel Rc, senanglah kerja, taklah bermandi peluh semata2 untuk menyiapkan model. Ada pelajar bila bab menulis dan melakar lambat pergerakannya tapi bila mula buat model. laju pulak. mungkin lambat panas agaknya. Shooting ini dilakukan di bengkel RC SMK Bingkor dengan berbantukan Speedlight baru ( SB 900).yesss.. senang kerja namun SB 600 tetap menjadi pujaan walaupun dah jadi bini kedua. (sayang mau jual woooo... banyak berjasa masa shoot wedding).


Sunday, April 26, 2009

krs

0 comments
Sanggaria msg.. mana gambar dia. so inilah gambarnya. ada lagi stok tapi kena tunggu sebab x ada masa lagi nak edit.

K.R.S

0 comments



2nd upload K.R.S camping. kali ni aku cuba bereksperimen dengan color balance dan layout frame ala scott kelby. mmg buku scott Kelby banyak membantu dalam 'mengodek cs3' aku dan di tambah dengan nota2 dari fotomedia. walaupun buku order dari Amazon ni mahal tetapi bagi aku memang berbaloi dengan panduan yang lengkap dan senang difahami. lagipun bukan senang nak dapat ilmu tanpa pengorbanan masa dan wang ringgit. Ilmu takkan habis walaupun diteroka setinggi gunung everest dan sedalam jurang Mariana. cewah bleh buat kata2 hikmah ni. Balik pada gambar di atas ni, aku dah stanby dengan tripod sebab dah plan nak ambil gambar air sungai dengan slow shutter speed. walaupun x dapat terlampau slow sebab overexpose, mujurlah dibantu dengan filter CPL. mmg berguna CPL kalu nak ambil gambar sungai, laut atau langit. Harganya pun taklah mahal sangat. kepada photog. silalah beli.hehehe (meracun yang baik ).


Tuesday, April 21, 2009

scout 2

0 comments

lepas kem Kepimpinan + jurulatih di Pamilaan aku terkulai jap. penat wooo. tapi bab photography hilang penat. betullah orang kata klu passionate smua bleh jadi. ni gambar di kira lama masa bebudak scout camping di Bunsit. so aku layan texture selepas google cari texture yang sedap mata memandang.

 

GOMOGI PHOTOGRAPHY Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template