Posted by
Mazlan on Monday, November 02, 2009
Labels:
POTRAIT
Hari ini 2/11/2009 aku plan nak shoot potrait dengan student Bingkor tetapi disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa ubah plan asal. Kali ini aku shoot budak-budak mandi manda di tali air dekat Kg Apin-Apin Keningau. Memang seronok tengok gelagat budak-budak ni yang membesar di persekitaran sawah padi dan tali air. Petang acara mandi manda di tali air. jimat air dan x perlu susah bayar bil air.hehehe. Kalaulah masa dapat diputarkan semula, nak je rasanya aku balik kezaman kanak-kanak aku yang penuh dengan keriangan dan aktiviti mandi di sungai. Mandi dari awal pagi sampailah ke petang. Bukan tau nak balik rumah, makan nasi pun x ingat, seronok sangat mandi sampai lupa segala-galanya. Bila matahari pun dah tenggelam, barulah ingat nak balik. Perghhhhhhh.. seronok betul. Tapi sekarang aku kembalikan kenangan lama dengan snap bebudak ni bermain / mandi di tali air. Sebenarnya dalam masa yang sama aku praktis shoot ala journalism sebagai persiapan untuk photoshoot di Semporna pada 5-7/11/2009. Practice make perfect. perancangan yang teliti amat penting untuk hasilkan sekeping gambar yang "wowwwwwwwww'.
Segala galeri foto perkahwinan gomogi telah dipindahkan ke www.gomogiwedding.blogspot.com. Untuk mengetahui pakej yang di tawarkan sila kunjungi blog rasmi. TQ
0 comments:
Post a Comment