Thursday, November 12, 2009

SEMPORNA PHOTOTRIP ( 4-7/11/2009 )

0 comments
Tuan punya bot
Rumah bajau laut di Pulau Maiga
Rumah bajau laut di Pulau Omadal
Tension menunggu kakak dia beli barang di kedai
Renungan penuh simpati
Kanak-kanak bajau laut dari kecik dah biasa baik perahu

permainan paling popular



hasil tanaman rumpai laut
keluarga bajau laut Pulau Omadal
hehee. jurufoto berposing atas bot

aktiviti mandi di jeti Dragon Inn
Penantian aku untuk outing ke pulau- pulau di Semporna tercapai apabila geng photographer Labuan membuat outing ke Semporna. Peluang keemasan ini jangan dilepaskan begitu saja. Group photographer kami seramai 11 orang yang terdiri dari pensyarah matrikulasi Labuan, Guru dan photographer profesional dari KL ( Shahrin Aziz ). 4 November selepas mengajar aku trus ke Stesen bas Bumiputra untu memulakan misi menawan pulau di Semporna. cewah macam nak menawan puncak everest je aku cerita ni.hehehe. Sampai di KK jam 4.30 petang dan join dengan group photographer Labuan. Di KK aku sempat lagi membeli monopod untuk cover tele yang berat macam dumbell tu. play save, rugi kalu tak dapat gambar yang di rancang. Jam 5.30 petang sampai di Stesen Terminal Utara di Inanam dan duduk lah lepak situ sambil tunggu bas ke Semporna jam 7.30 petang. Lepas sembahyang maghrib kami masih lagi menunggu Shahrin Aziz dari KL. Flight dia delay dari KL - KK. mujurlah sempat Shahrin sampai sebelum jam 7.30 petang. Perjalanan ke Semporna mengambil masa lebih kurang 8 jam. singgah makan di Telupid dan jam 3.3o pagi sampai di Semporna. Perghhhhh jam 3.30 pagi dah sampai. tak pernah lagi aku naik bas sampai seawal itu. Di Semporna kami menginap di Dragon Inn. Sewa asrama saja. bukannya takde duit tapi buat apa nak sewa bilik yang mahal-mahal sedangkan bilik nak untuk tidur saja. masa banyak dihabiskan shoot di pulau nanti. 5 November sesi shooting bermula ke Pulau Omadal . Perjalanan menaiki bot kayu mengambil masa 1 jam 45 minit. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Pulau Omadal memang mengasyikkan dan sememang acara snap tak dapat dipisahkan lagi. puas hati snap sampai bengkak jari aku ni.hehehe. Sebelum sampai di jeti Pulau Omadal, bot yang membawa kami melalui perkampungan Bajau Laut ( Pela'u) yang masih lagi primitif pada pandangan mata aku. Kejernihan air memukau mata sesiapa yang memandang. memang jernih walaupun sisa buangan orang kampung tersebut di buang terus ke laut. Anak-anak bajau laut ni boleh dikatakan rata2 tidak bersekolah dan tidak ada surat beranak. kesian, kenapa jadi macam ni..... aku pun tak tau.. Di Pulau Omadal aku banyak memerhati gaya Sharin Aziz mengambil gambar dan cara dia PR dengan penduduk kampung. dia tak shoot terus tapi bersembang dulu dengan penduduk kampung dan bila wujud keserasian barulah dia snap. gambar lebih natural. banyak aku belajar. Sesi petang kami bertolak ke perkampungan bajau laut dengan meredah air laut. nilah kali pertama aku shoot dengan berendam dalam air masin. takut jugak mula2, takut jatuh kameralah, kena air masin dan macam2 lagilah. tapi yang penting angle yang terbaik dapat diambil walaupun 2 bateri kamera aku terendam dalam air masin... perghhhh pening kepala aku..oklah siri ke Pulau Maiga akan bersambung, tunggguuuuuuu!!!!!.

Monday, November 2, 2009

JALAN2 CARI FOTO

0 comments




Hari ini 2/11/2009 aku plan nak shoot potrait dengan student Bingkor tetapi disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan aku terpaksa ubah plan asal. Kali ini aku shoot budak-budak mandi manda di tali air dekat Kg Apin-Apin Keningau. Memang seronok tengok gelagat budak-budak ni yang membesar di persekitaran sawah padi dan tali air. Petang acara mandi manda di tali air. jimat air dan x perlu susah bayar bil air.hehehe. Kalaulah masa dapat diputarkan semula, nak je rasanya aku balik kezaman kanak-kanak aku yang penuh dengan keriangan dan aktiviti mandi di sungai. Mandi dari awal pagi sampailah ke petang. Bukan tau nak balik rumah, makan nasi pun x ingat, seronok sangat mandi sampai lupa segala-galanya. Bila matahari pun dah tenggelam, barulah ingat nak balik. Perghhhhhhh.. seronok betul. Tapi sekarang aku kembalikan kenangan lama dengan snap bebudak ni bermain / mandi di tali air. Sebenarnya dalam masa yang sama aku praktis shoot ala journalism sebagai persiapan untuk photoshoot di Semporna pada 5-7/11/2009. Practice make perfect. perancangan yang teliti amat penting untuk hasilkan sekeping gambar yang "wowwwwwwwww'.

Friday, October 16, 2009

SELAMAT HARI DEEPAVALI

0 comments
Selamat hari Deepavali kepada semua bangsa yang beragama Hindu terutama kepada Cikgu Vasudevan. Semoga bergembira.

TUKANG CAHAYA

0 comments

Inilah 2 hero disebalik tabir Gomogi Photography yang selalu aku bawa bila ada shoot outdoor. Tukang pegang umbrella, lightstand, pasang alatan cahaya dll. Sebenarnya diorang ni memang berminat dalam bidang fotografi ni. Hanya perlu diasah lagi dan lagi sampai menjadi seorang pakar. Kalau ada pembantu cahaya ni senang sikit kerja aku, takda laa buang masa nak kehulu ke hilir ubah setting lampu denyar ni. Jerit saya pada tukang cahaya ni, dia dah tahu apa nak dibuat.

Friday, October 9, 2009

ULANGKAJI

0 comments
Minggu Ulangkaji bagi persiapan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 4. Pelajar 4 UKM tidak ketinggalan untuk menghadiri kelas tambahan bagi matapelajaran Reka cipta. Aku wajibkan semua pelajar hadir untuk memastikan semuanya lulus semasa peperiksaan nanti. Tapi tidak ramai yang hadir, itulah cabaran seorang guru. Selepas kelas tambahan sesi shooting dijalankan di studio cikai RC. Tema kali ini adalah "minggu Ulangkaji" jadi post2 sedang mengulangkaji mata pelajaran adalah diutamakan. mesti ada yang tertanya-tanya, buku apa yang Kimberly dan Morini baca ini, lain macam besarnya ini. sebenarnya ini adalah folio RC yang mana elemen 1.1 dan 1.2 masuk juga dalam peperiksaan akhir tahun ini. so pelajar RC kena juga study folio. oklah kepada semua pelajar RC 'SEMOGA BERJAYA DAPAT A1' .

Saturday, September 12, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

0 comments



Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. itulah kata2 yang selalu disebut apabila menjelang hari raya. kita akan menghantar sms, mms dan dll untuk mengucapkan kata tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Untuk tujuan shooting tema hari raya tahun ini, aku telah shoot di Studio Cikai RC, SEMEKEB, Bingkor Keningau. Macam biasa student RC memang sporting terutama Liselle, Jaswendy dan Sulaiman yang begitu excited untuk menjayakan shooting tema hari raya ini. Syarat wajib mesti memakai baju kurung @ baju melayu ( bahasa tempatan baju Selangor). Shooting ini bagi sangat sempoi dan begitu enjoy walaupun di buat pada bulan puasa. hilang rasa penat, dahaga dan lapar bila melihat gambar di lcd camera. Aku memang puas hati shoot kali ini walaupun banyak kekurangan terutama dari segi lighting yang tidak mencukupi untuk dapat gambar yang betul2 perfect. aku hanya ada 2 flash dan satu umbrella sahaja. walaubagaimana pun kekurangan ini bukan satu alasan untuk aku dapatkan gambar yang berkualiti dengan berbekalkan gear yang ada. Bukan gear yang banyak dan mahal penentu kualiti gambar tetapi skill seseorang photographer yang paling penting. shooting kali ini aku lantik Si Sang sebagai art director. tujuan sebenar aku lantik dia ialah untuk dedahkan dengan teknik art posing yang ada penceritaan disebalik sekeping gambar. Yaaa.. dia lakukan tugas dengan baik dan berbakat untuk pergi lebih jauh. Sekarang ni aku juga dedahkan Calsend dalam bab post processing terutama penggunaan photoshop CS3. Moga dia berjaya apabila tamat sekolah nanti dan lebih baik dari aku. hehehe. Berbalik kepada tema, jasa ibu bapa kita cukup besar dalam mendidik anak untuk jadi seorang yang berjaya. aku cukup sayu ketika melakukan proses editing yang diselitkan dengan lagu hari raya. entahlah tiba2 aku teringat masa kecil ketika menyambut hari raya dalam keadaan serba sederhana. nak dapatkan sepasang baju raya baru pun susah, terpaksa menolong menjual kueh, air di pasar ramadan. aku tak merungut pun sebab memang dah paham keadaan kedua ibu bapa aku. Tahun ini aku beraya di Keningau dan Raya haji di Kubang Kerian Kelantan. Kepada sesiapa sahaja, member2, anak didik aku, silalah datang beraya di rumah aku. Akhir sekali ucapkanlah ribuan ampun dan maaf kepada insan yang paling bermakna dalam hidup kita selagi mereka bernafas. kepada mereka yang sudah tiada hanya doa diiringi . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ikhlas dari GOMOGI Photography.

Art Director : Si Sang
Photographer : Mazlan
Editor : Mazlan
Lighting : Calsend

Friday, September 4, 2009

EMOTICON

3 comments

Hari ini boring dirumah sambil menunggu untuk berbuka puasa, sempatlah aku shoot gelagat 2 orang hero aku ni. kebetulan jam 4.30 pm sinaran cahaya matahari menembusi tingkap bilik dan aku apa lagi ambil camera dah terus setting mana yang perlu untuk dapatkan shoot low key ini. Tiada apa setup flash@ apa2 reflector hanya camera dengan lens 50mm sahaja. Cuma setting kena betul untuk dapatkan gambar low key. aku hanya apply apa ilmu yang aku dapat dari geng2 otai. shoot ni yang memeningkan kepala aku ialah nak control pose@ gelagat hero aku ni. Kalau aku pegang kamera saja nak ambil ambil diorang, macam2lah aksi yg pelik2, buat hidung kembanglah, muka kemeklah, tarik telingalah, nganga mulut luas2lah.. aku pulak yang tension. Sejak aku pegang DSLR ni tak da lagi gambar hero aku ni yang boleh di framekan. bilalah agaknya....Gambar adik ( Faiz ) tension sebab aku suruh berposing ikut cara dia, kira freestyle lah ni. sekali dua ok lagi tapi bila lebih 5 x mulalah dia tension.. merungut saja. aku senang saja supaya dia buat apa yang disuruh.. ' kalu x mau buat x dapatlah main PS2. heheheh terus ikut saja apa yang disuruh.. so dapatlah gambar ini.

Friday, August 21, 2009

INDOOR EXPERIMENT

4 comments
Baru hari ni baru bleh praktik apa yang aku belajar dengan Bro Syed Nasir dan dibincangkan lagi dengan bro Suhaimi. thanks a lot. Untuk shoot ni aku buat simple setup saja, guna torch light, reflector dan cermin muka. aku cuba shoot teknik LOW KEY. nampak senang tapi agak susah terutamanya nak dapatkan lighting yang betul2 perfect. banyak lagi kekurangan dalam gambar ini. Namun aku akan perbaiki di hari lain. aku rasa hanya 45% apa yang dirancangkan menjadi. apa yang penting praktis, praktis, praktis...

Wednesday, August 19, 2009

ANAK-ANAK MERDEKA

1 comments


Sempena menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 52 ini aku dan Fairuz cuba shoot tema 1 malaysia dan kemerdekaan. Fairuz bertanggungjawab untuk create storyboard dan kami plan begitu teratur untuk memastikan shooting berjalan dengan lancar dan yang penting kami dapat apa yang diimpikan. Shoot ini kami himpunkan pelajar yang berbeza bangsa untuk sesuaikan dengan tema 1 Malaysia. Pelajar adalah dari kalangan pelajar 5 UM, 5 UTM dan 5 UKM. Lokasi yang dipilih ialah di Jambatan Kg Bandukan Baru, Bingkor. Memang petang tu di atas jambatan cukup meriah macamlah kami punya jambatan. menyusahkan org Kg saja.heheeh. Apa2 Thanks a lot to Bandukan Villagers kerna sabar dgn karenah kanak2 riang ini. x lupa juga thanks to 2 org crew GOMOGI Photography ( SANG & KACHUN ) di atas kesabaran memegang umbrella dan light stand. Nanti T-Shirt menunggu anda !!!. oklah enjoice. tunggu pict merdeka siri pelajar perempuan dan guru.

Friday, July 31, 2009

LUNA

0 comments











31 Julai 2009 di kawasan SMK Bingkor sekali lagi aku shoot bagi memenuhi kehendak student 5UKM. Hari tu aku untuk pelajar lelaki, so.. tensionlah students perempuan.. so untuk adil aku shoot jugak tetapi aku x mau shoot streotaip yg sama dengan aku shoot hari tu. Aku dah plan dan cuba sketch skit2 apa komposisi dan moment yang aku mau. Alhamdulillah aku dapat apa yang di rancang, cuma shoot di tepi kolam x sempat buat kerana dah hampir jam 6 petang. Sebenarnya aku dan students 5UKM lepaskan tension setelah diaorang sekian lama bertungkus lumus menyiapkan folio. Aku pun tension jugak kerana hampir setiap hari kena datang bengkel untuk guide diorang. so habis pentaksiran aku bagitau students perempuan 5UKM untuk shoot ala poster filem. Diorang mmang sporting habis terutama Betria yang x aku sangka bleh berposing dgn natural. Nice post. Shoot ni jugak aku nak apply apa yang bro Suhaimi (Labuan) bagitau aku semasa lepak2 di kedai kopi Labuan. Paling terkesan dalam kepala otak aku, tentang statement " buat gambar" jangan " cari gambar". Apa beza buat gambar & cari gambar ?. Buat gambar maknanya kita dah plan siap2 apa gambar yg kita mau. plan ikut flow dan klu bleh sketch skit supaya kita x buang masa di lokasi. So kita akan cuba dpat shoot yang terbaik untuk hasilkan satu keping gambar yag memberi seribu makna. Cari gambar pula, kita tercari2 gambar dan di lokasi baru kita pikir apa yg nak shoot. mmg x akan dapat gambar yg memberi impak. kita tolak ketepi faktor LUCK, kerana takkan sebagai photographer kita bergantung kepada luck. sebaiknya kita gunakan element sekeliling untuk dapatkan shoot terbaik. Sebaiknya survey dulu lokasi yg kita nak shoot. klu yg ni x perlu survey lah sebab si sek aku.hehehehe. Selain itu titik beratkan element :
1. clean background
2. contrast object/ background
3. RO3
Oklah thanks a lot to :
Betria, Liselle, Siti, Earny, Ribka, Esther
Belakang Tabir : Sanggaria, calsend, jackley, jaswendy.
Geng Photographer : Fairuz, Sazali



Saturday, July 18, 2009

experiment

0 comments


upload lagi koleksi shoot ala iklan ni.

Thursday, July 16, 2009

EXPERIMENT

0 comments







Bosan sibuk dengan seliaan folio Reka cipta, aku ambil kesempatan shoot ala iklan dengan bantuan students 5UKM. aku bagi diorang release tension sebab dah berapa minggu siapkan artifak dan folio. so x dalah sakit mental diorang ni. Lokasi shooting di kawasan lalang dekat padang SMK Bingkor. aku mmg dah plan apa yang aku nak dari shooting ni. so x dalah buang masa pikir di lokasi pengambaran. kerjasama bebudak RC mmg sgt bagus dan cukup sporting. maklumlah kena ambil gambar. Tujuan aku shooting sebab lama dah x pegang camera dan outing outdoor ni kiranya lepas gian laa ni. secara teknikal aku guna 1 flash saja dan trigger dan ditambah dengan ambient light. aku cuba shoot dan edit macam otai DIDIZ ( fotokahwin) dan hasilnya aku puas hati walaupun hanya 60% yg menepati apa yang DIDIZ buat. bagi aku yang penting praktikkan apa yang kita blajar dari blajar2 tapi duduk diam x buat apa2. rugi ilmu yang diperolehi. peringatan untuk aku jugak. so thanks to all guys , SANGARIA, JACKLEY, CALSEND and JASWENDY.


Monday, July 13, 2009

My cause CIMB Foundation

1 comments

Hari ahad 12/07/09 aku dgn bingkor photog ( saidil, sazali , fazly) pergi ke KK untuk hadiri seminar photography ajuran CIMB Foundation. Tujuan sebenar penganjur adalah untuk bagi taklimat syarat2 pertandingan dan juga penerangan serba sedikit berkaitan dengan tema iaitu Komuniti, Sukan dan Pendidikan. Banyak aspek yang bleh di shoot dalam ketiga2 tema ni. jadi pilihlah mana yang berkenan di hati. Yang bestnyer hadiah pertama RM 30,00. WOW!!!!. pakcik kayoooo kalu menang.. angan jelah ni.. tapi yang penting pertandingan ini lebih kepada kebajikan dan tujuan utama CIMB ialah untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jadi adalah juga sumbangan kebaikan. Untuk workshop photography, saudara Amri Ginang ( Otai & pakar lighting) telah berkongsi ilmu photography dan cara2 nak shoot model. selain tu Bro Amri juga mengajar teknik editing di CS4. Banyak juga ilmu aku dapat dan x sia2 aku attend course ni wlpun datang dari jauh dan tengah malam baru sampai rumah. Gali ilmu.

Thursday, June 18, 2009

SHOOT MODEL

3 comments




Cuti sekolah tiada job wedding sempatlah aku shoot model dgn Mr Lyanglahart. model2 ni budak sekolah lagi dan aku puas hati kerana banyak ilmu yg aku dapat. macamana nak setting lighting, rim light, fill light, key light dan mcm2 lagi istilah. setup shoot ni simple saja, guna 3 speedlight ( 1x SB900, 1x SB800 dan 1x SB 600). semua setup power 1/1. cuma frust skit sebab bateri kong awal. shoot model ni sebenarnya banyak manfaat terutama klu nak serius dlm wedding photography. byk bleh apply. Gambar no 2 dari atas shoot di bengkel RC dan bebudak RClah yang jadi mangsa.heheh. ni namanya Sanggora ( bukan nama sebenarnya). simple setup, kebetulan aku ada kertas A3 di dinding untuk sudut galeri RC. so aku guna semaksimum mungkin. guna umbrella, 2 speedlight. semua set power 1/1. oklah layannn.

Sunday, May 24, 2009

MIOW

1 comments
ntah apa angin aku hari ni nak shoot gambar kucing jiran aku ni.. ni anak kucing jantan yang selalu merengek mintak makanan. Tuan dia asyik tutup pintu je camna nak makan. adus apa punya tuan daaa. kucing pun mau makan jugak. so x sampai hati jugak aku nak berlaku kejam, zalim, Zionis, Israel nak pukul @ rembat kucing ni bila curi ikan yang aku baru beli di Pasar. mmg naik angin mula2, tapi mujurlah nilai2 murni Tabligh masih ada..hehehhe. Kucing ni macam mintak simpati saja bila suruh berposing. mungkin dia ingat aku nak tempeleng dia.. mujurlah dia bagi kerjasama.. jadi sejuk skit hati aku ni..

p/s: apa daaa. kucing pun mau gaduh ka?..

Mr General Alpha

0 comments
Sesi strobist dgn berbekalkan speedlight SB900 ( 1/4) di sebelah kiri model , SB600 (1/16) di sebelah kanan dan built in flash --. guna commander mode. adjust level dan vignatte. Umbrella x leh nak guna takut jatuh dalam sg sekali dgn speedlight. rugi woooo. bungkus balik msuk beg.

Sungai Sabana

0 comments
Pagi Ahad 24/5/09 geng photog Bingkor buat sesi outing di sg Sabana. x ramai yg dpt join, hanya aku, general Alpha dan Sazali. apa2pun sesi berjalan dgn lancar dan dapat apa yg kami mau. sebenarnya sesi cam ni elok diadakan kerap kali untuk tajamkan mata photog ttg shoot/angle yg ada elemen WOW. Plan nak buat Strobist tapi model plak x da. so terpaksalah General jadi model. strobist buat kejap shj dan yg lain shoot slow shutter deruan air sg.

Thursday, May 21, 2009

CLS

2 comments
pertama kali shoot guna umbrella. SB900 di umbrella dgn power 1/64 di sebelah kiri model, SB 600 (1/64) disebelah kanan, built in flash 1/128. guna commander mode. edit skit level, color balance.

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU

0 comments


Bila 16 Mei semua masyarakat meraikan Hari Guru. Bagi seorang guru bukan hadiah diharapkan tetapi cukuplah sekadar ucapan TQ cikgu. bagi aku tugas seorang guru masa kini cukup mencabar dengan karenah pelajar dan guru perlu ' advance' sebab pelajar sekarang lebih canggih dan lebih info. X lupa aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua rakan guru dan kepada guru2 aku di Sk Kubang Kerian, SM Teknik Kuantan. Bila sebut Teknik Kuantan ni banyak aku belajar tentang kehidupan dan menjadi seorang 'manusia'. cikgu paling aku tension ialah cikgu HO, mengajar subjek Prinsip Akaun. paling garang dan banyak sgt denda yang kena buat. bayangkanlah 1 soalan salah kena buat pembetulan 100 kali. berapa banyak kertas kajang kena beli. kalu salah 10 soalan. alamak 10 x 100. pergh mana x tension. budak yang paling baik dalam kelas pun merungut. tapi mmg betul jiwa pelajar x paham apa sebenarnya disebalik seorang guru buat. bila result SPM keluar paling teruk pelajat Teknik Kuantan dapat gred 4. rata2 dapat A1. itulah penangan cikgu HO. Bila aku sendiri jadi cikgu walaupun sebenarnya bukan cita2pun, baru tau niat murni seorang cikgu walaupun terpaksa dimaki oleh pelajar dan ibu bapa. mana ada guru nak lihat anak didik dia gagal dalam exam. guru x kisah dgn masa, wang ringgit semata2 untuk pastikan anak didik dia berjaya. bila pelajar berjaya guru tetap seperti biasa, bukan dapat pingat perhargaan pun, jauh sekali mengharapkan habuan. Namun di lubuk hati kepuasan yg x boleh dinilai dengan warga ringgit. Malah seorang guru amat berbangga jika berjumpa denga seorang doktor, jurutera dll yg mana pernah dia didik. oklah aku nak bagi satu teka teki..
Ada 3 golongan manusia yang bleh beri arahan pada pemerintah tertinggi, contohnya Agunglah klu di negara kita : agak2 sapa hah ?... tetettteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet. masa dah tamat. jawapannya .....
1. Guru
2. Tukang gunting rambut
3. photographer
Kenapa ?
Jawapan :
Guru : Arah agung masa kecik di sekolah : buat kerja rumah chapter1.1. x siap pumping 20x. arahan tu..
Tukang gunting rambut : tunduk kepala skit agung, dongak, senget skit kpla. arahan tu..
Photographer : senyum, senyum,, tengok camera, badan jgn buat keras, buat biasa, natural je... arahan tu.
semua arahan tu... agung x murka dan baginda kena ikut..
Nota kaki : kalu seorang guru + photographer lagi besar kuasa dia.. yaaa aku berkuasa... gila kuasa..heheh

Monday, May 4, 2009

AHMAD FARIS NUR

0 comments

Ahmad Faris Nur. anak pertama aku. hobby suka main games ps2. nipun aku baru keluarkan sejak tahun lepas simpan sebab x terkawal. ni pun bleh main sekejap saja dan habis main simpan balik dan aku kunci. mmg budak cepat 'tangkap' bila main games. kekadang terpikir juga aku, x pernah ajar cara2 setting di komputer tapi faris ni bleh ubah setting dan macam2 dia dah ubah komputer bapak dia. mujurlah aku dah set desktop kat rumah dah jadi milik dia. so x lah tension sgt. satu lagi kalu tanya dia cita2 mau jadi apa, mesti dijawab nak jadi ' computer engineer'. klu cikgu tanya pun dia jawab benda yang sama.

DAYANG ARIBAH HANUN

0 comments
Dayang Aribah Hanun. empunya nama ni adalah anak buah aku. dia punyalah excited suruh ambil gambar dia sebab jelous adik dia Dayang Siti Aishah dah kena ambil gambar. so x adillah. kebetulan semalam celebrate mother day dan trus atur untuk shoot family dan individu. Kebetulanaku boring giler malam tu, so bagus shoot potrait sambil tambah skill mana yang blum mahir lagi. practice make perfect katakan. gambar ni di ambil di ruang tamu rumah mentua aku. simple setup saja, 2 flash (SB 600 slave, SB 900 master), reflector. dua2 flash guna manual dan commander mode ( built in flash 1/128, slave 1/64/ master 1/64). aku x da lagi light stand, so si Awang lah jadi mangsa tukang pegang flash dan reflector.

Thursday, April 30, 2009

MODEL REKA CIPTA

0 comments







Students 5 ukm sedang membuat model masing2 berdasarkan lakaran yang telah dilukis. Pelajar Reka cipta 5UKM merupakan generasi pertama dan penentu samada result SPM 2009 ni lulus 100% atau sebaliknya. Semua pelajar RC begitu komited dengan tugasan masing2 dan memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan memperolehi markah folio yang tinggi. Sebelum ni pelajar hanya melakukan lakaran dan perbincangan di bawah pondok tepi kolam. tapi dengan siapnya wiring di bengkel Rc, senanglah kerja, taklah bermandi peluh semata2 untuk menyiapkan model. Ada pelajar bila bab menulis dan melakar lambat pergerakannya tapi bila mula buat model. laju pulak. mungkin lambat panas agaknya. Shooting ini dilakukan di bengkel RC SMK Bingkor dengan berbantukan Speedlight baru ( SB 900).yesss.. senang kerja namun SB 600 tetap menjadi pujaan walaupun dah jadi bini kedua. (sayang mau jual woooo... banyak berjasa masa shoot wedding).


Sunday, April 26, 2009

krs

0 comments
Sanggaria msg.. mana gambar dia. so inilah gambarnya. ada lagi stok tapi kena tunggu sebab x ada masa lagi nak edit.

K.R.S

0 comments



2nd upload K.R.S camping. kali ni aku cuba bereksperimen dengan color balance dan layout frame ala scott kelby. mmg buku scott Kelby banyak membantu dalam 'mengodek cs3' aku dan di tambah dengan nota2 dari fotomedia. walaupun buku order dari Amazon ni mahal tetapi bagi aku memang berbaloi dengan panduan yang lengkap dan senang difahami. lagipun bukan senang nak dapat ilmu tanpa pengorbanan masa dan wang ringgit. Ilmu takkan habis walaupun diteroka setinggi gunung everest dan sedalam jurang Mariana. cewah bleh buat kata2 hikmah ni. Balik pada gambar di atas ni, aku dah stanby dengan tripod sebab dah plan nak ambil gambar air sungai dengan slow shutter speed. walaupun x dapat terlampau slow sebab overexpose, mujurlah dibantu dengan filter CPL. mmg berguna CPL kalu nak ambil gambar sungai, laut atau langit. Harganya pun taklah mahal sangat. kepada photog. silalah beli.hehehe (meracun yang baik ).


KRS

0 comments


aku terlibat dengan perkhemahan KRS sebagai jurulatih aktiviti air dan aras tinggi. so dalam sibuk buat aras tinggi ni sempat lagi shoot guna reflector. dah macam melekat reflector dengan beg kamera aku ni. mmg aku suka guna reflector kalau nak shoot model @ group. apa guna beli kalau x guna. lagi satu yang penting bila blajar ari forum @ buku, mestilah kena praktis lagi dan lagi sampai dapat apa yang dimahukan. mmg bebudak Krs cukup sporting dan berminat untuk bergambar ni. pantang di offer mesti ramai yang angkat tangan. so mudahlah kerja photographer.


Tuesday, April 21, 2009

scout 2

0 comments

lepas kem Kepimpinan + jurulatih di Pamilaan aku terkulai jap. penat wooo. tapi bab photography hilang penat. betullah orang kata klu passionate smua bleh jadi. ni gambar di kira lama masa bebudak scout camping di Bunsit. so aku layan texture selepas google cari texture yang sedap mata memandang.

Sunday, April 19, 2009

BINGKORIAN

0 comments







last minute plan nak buat CLS guna commander mode. x guna trigger. Bebudak peserta kursus Kepimpinan SEMEKEB ni tengah tunggu aktiviti burung hantu @ jalan2 malam dan duduk sorang2. so aku ambil kesempatanlah guna model x berbayar ni untuk menjayakan sesi shooting CLS ni. Sebenarnya aku cuba apply apa yang aku belajar dari Bro Azhar Ariff dan teleti teknik2 yang dia guna. Memang ramai yang anggap nak shoot satu gambar semudah tekan shutter dan lihat hasil di LCD. ramai juga beranggapan beli camera yang beribu riban untuk menghasilkan gambar yang WOW. tapi ramai yang kecewa. sebab camera hanyalah satu gear dan bergantung kepada tuan punya untuk explore apa yang terpadat dalam camera tersebut. so ilmu tersangatlah penting. dah melalut pulak dah ni. continue....... shoot guna hanya satu flash saja (flash lapuk ) yang di letakkan di sebelah kiri dan guna built in flash. guna manual.


Thursday, April 16, 2009

DAYANG SITI AISHAH

0 comments
Up satu lagi gambar Ecah berposing di rumah Uwanya di Kg Bayangan. Shooting x dirancang pun dan spontan. kebetulan aku bawa camera dan reflector. ecah ni jenis senang dan x malu nak berposing depan kamera. jadi x hairanlah dia selalu wakil sekolah dalam pertandingan pidatolah, drama, bercerita, nasyid. bleh kata memang aktiflah budak ni..

Wednesday, April 15, 2009

Dayang Siti Aishah

0 comments

Anak saudara aku yang sangat minat jadi model muslimah..hehehe. jadi senang keja aku nak apply apa yang aku belajar di photoskool. gambar ni guna gold reflector dan CLS.

Friday, April 3, 2009

SUNSET

0 comments

location : Tg Lipat
f10
s/speed : 1s
wb : Kelvin
17mm

macam- macam

0 comments
bebudak perkhemahan KRS & Ngo peringkat negeri di Pusat Ko Sabah
warga emas kg Malanggang Kiulu di jambatan gantung yang baru siap dibina


guru merenung jauh menunggu bila agaknya di hantar pulang ke Semenanjung

Saturday, March 28, 2009

scout2

0 comments
cewah ..berposing di tepi sungai Bunsit.

Budak KoloH

0 comments




Boring x da apa nok buat, aku gi shoot bebudak scout tracking ke Bunsit. yg satu lagi ni bebudak RC masa kelas tambahan. kebetulan bawa kamera, so apalagi tembaklah tambahan lagi try reflector baru.

GALERI FOTO KAHWIN

0 comments
Galeri foto kahwin Gomogi akan dipindahkan ke GOMOGI WEDDING.

Untuk melihat semua galeri foto sila klik DISINI

Tuesday, March 10, 2009

custom

2 comments
cover custom bagi cetakan 8R dalam sticky album Perkahwinan Mohd Kamil & Karmilah. harap bersabar..

wedding Mohd Kamil & Karmilah (outdoor)

3 comments


sesi outdoor hanya di hadapan rumah pengantin. planning asal di Bayangan Resort tapi memandangkan pengantin terpaksa bagi komitmen pada shooting RTM , so buat outdoor mana yang dapat. mmg frust beb. btw itu bukan alasan untuk ambil mudah & cincai.

wedding Mohd Kamil & Karmilah

0 comments











Perkahwinan Mohd Kamil & Karmilah pada 7- 8 Mac 2009 di Kg Bayangan Keningau. Karmilah (staff SMK Bingkor) hire us to cover her wedding. Jadi 3 Photographer turun untuk cover majlis tersebut iaitu Wak Fairuz & Wak Saidil (geng DUKUN the movie). thanks a lot to Karmilah for hire us. tunggu album penuh siap. harap bersabar yer..



Wedding Mohd Kamil & Karmilah

0 comments

Friday, March 6, 2009

NIKONIAN

0 comments
Mr azmi dengan D80 barunya. training CLS di Keningau

Tuesday, March 3, 2009

DUKUN THE MOVIE

0 comments
CLS geng keningau photog. so aku ambil kesempatan buat ala iklan movie. kena pulak dengan pelakon utama WAK FAIRUZ yg mmg berbakat jadi pelakon seram

2ND CLS

0 comments
Geng Keningau Photog kembali dengan 2nd CLS di depan Public Bank. Wak Fairuz dah risau dgn CCTV, mana tau alarm berbunyi.. ini model dari rumah OREN

Friday, February 27, 2009

BEHIND THE SCENE

0 comments
inilah aksi2 photographer. perempuan dan budak tu adalah isteri dan anak widelens. Wak Fairuz pon ada..hehe

OUTDOOR

0 comments
Outdoor session di rel keretapi di Bongawan, Sabah. Mujurlah rel tu blum siap lagi... so keretapi blum ada lagi. blehlah photographer beraksi tunggang terbalik

Tuesday, February 24, 2009

RIADAH

0 comments

Sudah lama aku x bawa 2 hero ni beriadah dan kesempatan hujung minggu aku bawalah ke taman Mahathir dekat dengan kompleks sukan. Hero aku ni kalu nak shoot punyalah susah. macam2 karenah buat muka seposenlah, hidung kembanglah sampai bapaknya yg tension. semua gambar shoot dengan lens chap ayam. ramai tanya kenapa chap ayam. chap ayam ni merujuk pada lens yang harganya murah. mcam nikkor 70-300mm G aku guna ni. namun aku cuba guna sebaik mungkin lens ni. mmg klu daylight blehla.. tapi klu malam mmg hancurrr.
exiff data ;
300mm, f5.6, 1/500. AWB

Sunday, February 22, 2009

2ND PANNING

0 comments


cuba lagi shoot panning masa kejohanan olahraga daerah Keningau.

Saturday, February 21, 2009

WEDDING #2

0 comments


Sesi Akad nikah dan lafaz taklik. pengantin lelaki mmg jenis cool saja. senang kerja tok kadi.

WEDDING BOB & MAS

0 comments

Friday, February 20, 2009

MAKE UP SESSION

0 comments
Sesi make up pengantin perempuan. punyalah banyak snap kat dalam bilik sampai mak andam tension. iyelah mata asyik berkelip kena fire saja

OUTDOOR SESSION

0 comments
Sesi outdoor masa tag dengan bro widelens di Pantai Tenang Bongawan, Sabah. Pengantin memang sporting habis, senang kerja.

JELINGAN

0 comments

Snap candid budak scout masa kejohanan olahraga Keningau.
exiff : 300mm, iso 100, 1/1000 AWB

SUKAN DAERAH KENINGAU

2 comments

Sempat snap atlit2 SEMEKEB masa kejohanan olahraga peringkat daerah Keningau. Atlit SEMEKEB tahun 2009 ni lebih bertenaga kerana supplement ditaja oleh Shaklee (Senior Supervisor).

Thursday, February 19, 2009

KULING TANGAN

0 comments
Kuling Tangan satu permainan tradisi bangsa Melayu Brunei. kini kuling tangan dimainkan oleh kebanyakan warga Emas dan jarang sekali anak2 muda. mungkin membosankan agaknya. kuling tangan sudah menjadi kewajipan apabila ada kenduri kahwin yang bertujuan memwar2kan kepada penghuni sekitar tentang kenduri tersebut selain memelihara warisan bangsa

WEDDING

0 comments

Tag wedding dgn bro Widelens (Taiko TT Ampang) pada 7/2/09 di Kg Tengah Bongawan, Sabah. Byk belajar dari Widelens. thanks

CLS

1 comments

Percubaan CLS geng photog Bingkor. dng model yg hensem ni.. ala2 Pakis.. opss sori.

Sunday, February 1, 2009

SEBALIK TEMBOK

1 comments
Anak jiran aku. aku shoot masa budak ni main kat jalan raya Taman Jutaya.

Friday, January 30, 2009

POSTER LAYOUT

0 comments

Thursday, January 29, 2009

3 WAJAH PART 2

0 comments

Wednesday, January 28, 2009

3 WAJAH (CUSTOM)

0 comments

3 WAJAH

0 comments
Gambar masa shoot family potrait. 3 wajah iaitu 3 jenis muka, bulat, sederhana bulat dan bujur sireh. cuba angle di tengah2 pokok bunga hiasan

Monday, January 26, 2009

KONGSI ILMU PANNING

2 comments
Using manual mode
f : f11 - f22
shutter : 1/30 - 1/80. lagi slow lagi bagus
iso 80 - 200
spot metering
set AFC and shot in burst

Steps
1. Focus subjek dari jauh lagi then lock (half shutter)
2. follow subjek dengan kamera anda. jgn lepaskan shutter
3. bila subjek dah betul2 masuk dalam frame seperti anda mahu
4. tekan shutter sampai habis.

* enjoy your gear

KPL

0 comments
Gambar tahun 2008 masa kpl di Pulau Sapi.

TERHIMPIT

0 comments

Tiada model. bunga kertas pun jadilah. ni CLS dengan SB600 power 1/4 as key light and built in flash as fill light.
exiff data
50mm
f1.8
shutter 60

Sunday, January 25, 2009

B&W WORLD

0 comments

Info : jalan belakang Tmn Jutaya II, jam 5.30 pm.
Lens 18-135mm, f4.5, shutter 1/100

PANNING @ PENING

1 comments
Mau gak try panning. tapi rasanya x brape menjadi daa. bro lain.. sila komen untuk kasi hilang pening

Saturday, January 24, 2009

LAYAN TEXTURE

0 comments
Try texture. lepas kelas kat photoskool dan geng kelas upload koleksi gambar texture. teruja tgk dan try buat.. so nilah jadinya. apa2 target bulan ni.....tamron 17-50mm. ahhhhh

Thursday, January 22, 2009

Tips Bokeh (Background Blur)

0 comments
ni petua dari photoskool

Nisbah jarak camera dng subjek dan jarak subjek dng background

1:3

Contoh : katakan jarak subjek dng background 9 kaki so jarak camera dengan subjek mestilah lbh kurang 3 kaki

"enjoy your gear"

Tips silhouette

0 comments
1. Halakan camera di kawasan yang paling cerah. jgn direct matahari
2. Dapatkan metering cahaya. lock setting bacaan metering
3. kemudian alihkan kamera kepada subjek. focus balik subjek tetapi menggunakan setting metering tadi.

"enjoy your gear"

PHOTOGRAPHER

0 comments




ada org kata ambil gambar ni senang. just click and shoot. mmg sng tapi untuk dpt gmbr yg supersb perlu kreatif. ni contoh geng photographer yang kreatif cari angle yg supersb

Wednesday, January 21, 2009

MR PALADIUS & VIOS

1 comments

Up lagi satu HDR. Vios ngan Tuannya.

TAMRON 17-50MM f2.8

2 comments
test tamron 17-50mm f2.8 di K.K. Mmg supersb lens. Giloss skjap bilo tgk lens ni.. adoss racunn nii

SMILE

2 comments
i dont know how to describe...hentam sajalah

SULAP

0 comments

Exiff :
Photomatix, tone mapping, level, contrast

custom

0 comments
org lain buat custom style. aku nak cuba gak.. cut & paste jee

AL TAKWA MOSQUE

0 comments
Snap jam 5 pm. nak ambil anak lambat lagi.. so.. try snap altakwa ni yg lama dah rancang mau ambl.

2nd NIKON CLS

0 comments

up satu lagi teknik CLS.
exiff data
50mm
f2.8
off flash
lambency bound

NIKON CLS

0 comments
Boring dok kt ghumah dan cubalah CLS. right lighting effect using a tripod and off flash.

Wednesday, January 7, 2009

TENSION

0 comments
Ni snap masa ambil anak aku di SK Pasir putih. lalu kat Masjid Takwa singgah jap. jadi si Faris punyalah tension kena jadi model. Dia dah lah penat tapi kena berposing.
0 comments
hdr 3 teknik dodge and burn kat Labuan square.
exiff data : Focal length 18mm, f8, iso 200, fitted with CPL
0 comments


ini hdr yang ke 2. ada aquarium dalam ni. masuk free tapi aktiviti snap menyenap ni diharamkan kat sini.

Exiff data

iso 400

focal length 18mm, f8, fitted with CPL

Friday, December 26, 2008

sunset

0 comments
melayan perasaan dikala hening

lok kawi beach

5 comments

snap jam 5.45pm kat tempat rehat pantai lok kawi. mujur ada orang lagi masa tu untuk dijadikan foreground. teknikal : 18mm f8 and fitted polarizer (baru beli rm 130.)

hdr Labuan Square

0 comments

testing hdr labuan square. gambar masa ronda-ronda cuti sekolah di labuan. memang cantik tempat ni dan bersih.

ASAM KELUMBI

2 comments

asam kelumbi ni masih lagi menjadi bahan wajib masakan bagi melayu brunei. ni aku snap masa mentua tengah jemur asam ni.

Saturday, December 13, 2008

copyright freddy

0 comments
fred. nice picture

copyright freddy

0 comments
ni gatal tangan mau edit. ni kena naik jugak banana boat

Thursday, December 11, 2008

mahua II

0 comments

Monday, December 1, 2008

beancore

1 comments

Saturday, November 29, 2008

manfrotto

3 comments
geng... what do you think ?

Friday, November 28, 2008

multi photo

0 comments

multiphoto look from just one photo

Tuesday, November 25, 2008

smile

2 comments
Student 5UM 2008

Monday, November 24, 2008

lighting

0 comments
deco in my living room

nikonian

0 comments
pro in the future

radial blur

3 comments
semekeb track n field. lens 70 -300mm. manual

semekeb teacher

3 comments

Wednesday, November 19, 2008

2nd split toning

0 comments
5.50 pm at Kota Kinabalu Waterfront

peace

0 comments
budak scout mampu tersenyum walaupun penat
0 comments

bebudak pbsm
0 comments

split toning experiment.
0 comments


test macro..Ehm.blum beli lagi.. tunggu bonus.

KENINGAU GOLF CLUB

3 comments

 

GOMOGI PHOTOGRAPHY Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template