Thursday, November 12, 2009

SEMPORNA PHOTOTRIP ( 4-7/11/2009 )


Tuan punya bot
Rumah bajau laut di Pulau Maiga
Rumah bajau laut di Pulau Omadal
Tension menunggu kakak dia beli barang di kedai
Renungan penuh simpati
Kanak-kanak bajau laut dari kecik dah biasa baik perahu

permainan paling popular



hasil tanaman rumpai laut
keluarga bajau laut Pulau Omadal
hehee. jurufoto berposing atas bot

aktiviti mandi di jeti Dragon Inn
Penantian aku untuk outing ke pulau- pulau di Semporna tercapai apabila geng photographer Labuan membuat outing ke Semporna. Peluang keemasan ini jangan dilepaskan begitu saja. Group photographer kami seramai 11 orang yang terdiri dari pensyarah matrikulasi Labuan, Guru dan photographer profesional dari KL ( Shahrin Aziz ). 4 November selepas mengajar aku trus ke Stesen bas Bumiputra untu memulakan misi menawan pulau di Semporna. cewah macam nak menawan puncak everest je aku cerita ni.hehehe. Sampai di KK jam 4.30 petang dan join dengan group photographer Labuan. Di KK aku sempat lagi membeli monopod untuk cover tele yang berat macam dumbell tu. play save, rugi kalu tak dapat gambar yang di rancang. Jam 5.30 petang sampai di Stesen Terminal Utara di Inanam dan duduk lah lepak situ sambil tunggu bas ke Semporna jam 7.30 petang. Lepas sembahyang maghrib kami masih lagi menunggu Shahrin Aziz dari KL. Flight dia delay dari KL - KK. mujurlah sempat Shahrin sampai sebelum jam 7.30 petang. Perjalanan ke Semporna mengambil masa lebih kurang 8 jam. singgah makan di Telupid dan jam 3.3o pagi sampai di Semporna. Perghhhhh jam 3.30 pagi dah sampai. tak pernah lagi aku naik bas sampai seawal itu. Di Semporna kami menginap di Dragon Inn. Sewa asrama saja. bukannya takde duit tapi buat apa nak sewa bilik yang mahal-mahal sedangkan bilik nak untuk tidur saja. masa banyak dihabiskan shoot di pulau nanti. 5 November sesi shooting bermula ke Pulau Omadal . Perjalanan menaiki bot kayu mengambil masa 1 jam 45 minit. Pemandangan sepanjang perjalanan ke Pulau Omadal memang mengasyikkan dan sememang acara snap tak dapat dipisahkan lagi. puas hati snap sampai bengkak jari aku ni.hehehe. Sebelum sampai di jeti Pulau Omadal, bot yang membawa kami melalui perkampungan Bajau Laut ( Pela'u) yang masih lagi primitif pada pandangan mata aku. Kejernihan air memukau mata sesiapa yang memandang. memang jernih walaupun sisa buangan orang kampung tersebut di buang terus ke laut. Anak-anak bajau laut ni boleh dikatakan rata2 tidak bersekolah dan tidak ada surat beranak. kesian, kenapa jadi macam ni..... aku pun tak tau.. Di Pulau Omadal aku banyak memerhati gaya Sharin Aziz mengambil gambar dan cara dia PR dengan penduduk kampung. dia tak shoot terus tapi bersembang dulu dengan penduduk kampung dan bila wujud keserasian barulah dia snap. gambar lebih natural. banyak aku belajar. Sesi petang kami bertolak ke perkampungan bajau laut dengan meredah air laut. nilah kali pertama aku shoot dengan berendam dalam air masin. takut jugak mula2, takut jatuh kameralah, kena air masin dan macam2 lagilah. tapi yang penting angle yang terbaik dapat diambil walaupun 2 bateri kamera aku terendam dalam air masin... perghhhh pening kepala aku..oklah siri ke Pulau Maiga akan bersambung, tunggguuuuuuu!!!!!.

0 comments:

 

GOMOGI PHOTOGRAPHY Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template