Friday, October 16, 2009

SELAMAT HARI DEEPAVALI

0 comments
Selamat hari Deepavali kepada semua bangsa yang beragama Hindu terutama kepada Cikgu Vasudevan. Semoga bergembira.

TUKANG CAHAYA

0 comments

Inilah 2 hero disebalik tabir Gomogi Photography yang selalu aku bawa bila ada shoot outdoor. Tukang pegang umbrella, lightstand, pasang alatan cahaya dll. Sebenarnya diorang ni memang berminat dalam bidang fotografi ni. Hanya perlu diasah lagi dan lagi sampai menjadi seorang pakar. Kalau ada pembantu cahaya ni senang sikit kerja aku, takda laa buang masa nak kehulu ke hilir ubah setting lampu denyar ni. Jerit saya pada tukang cahaya ni, dia dah tahu apa nak dibuat.

Friday, October 9, 2009

ULANGKAJI

0 comments
Minggu Ulangkaji bagi persiapan peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tingkatan 4. Pelajar 4 UKM tidak ketinggalan untuk menghadiri kelas tambahan bagi matapelajaran Reka cipta. Aku wajibkan semua pelajar hadir untuk memastikan semuanya lulus semasa peperiksaan nanti. Tapi tidak ramai yang hadir, itulah cabaran seorang guru. Selepas kelas tambahan sesi shooting dijalankan di studio cikai RC. Tema kali ini adalah "minggu Ulangkaji" jadi post2 sedang mengulangkaji mata pelajaran adalah diutamakan. mesti ada yang tertanya-tanya, buku apa yang Kimberly dan Morini baca ini, lain macam besarnya ini. sebenarnya ini adalah folio RC yang mana elemen 1.1 dan 1.2 masuk juga dalam peperiksaan akhir tahun ini. so pelajar RC kena juga study folio. oklah kepada semua pelajar RC 'SEMOGA BERJAYA DAPAT A1' .
 

GOMOGI PHOTOGRAPHY Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template