Saturday, September 12, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI





Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. itulah kata2 yang selalu disebut apabila menjelang hari raya. kita akan menghantar sms, mms dan dll untuk mengucapkan kata tersebut untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita. Untuk tujuan shooting tema hari raya tahun ini, aku telah shoot di Studio Cikai RC, SEMEKEB, Bingkor Keningau. Macam biasa student RC memang sporting terutama Liselle, Jaswendy dan Sulaiman yang begitu excited untuk menjayakan shooting tema hari raya ini. Syarat wajib mesti memakai baju kurung @ baju melayu ( bahasa tempatan baju Selangor). Shooting ini bagi sangat sempoi dan begitu enjoy walaupun di buat pada bulan puasa. hilang rasa penat, dahaga dan lapar bila melihat gambar di lcd camera. Aku memang puas hati shoot kali ini walaupun banyak kekurangan terutama dari segi lighting yang tidak mencukupi untuk dapat gambar yang betul2 perfect. aku hanya ada 2 flash dan satu umbrella sahaja. walaubagaimana pun kekurangan ini bukan satu alasan untuk aku dapatkan gambar yang berkualiti dengan berbekalkan gear yang ada. Bukan gear yang banyak dan mahal penentu kualiti gambar tetapi skill seseorang photographer yang paling penting. shooting kali ini aku lantik Si Sang sebagai art director. tujuan sebenar aku lantik dia ialah untuk dedahkan dengan teknik art posing yang ada penceritaan disebalik sekeping gambar. Yaaa.. dia lakukan tugas dengan baik dan berbakat untuk pergi lebih jauh. Sekarang ni aku juga dedahkan Calsend dalam bab post processing terutama penggunaan photoshop CS3. Moga dia berjaya apabila tamat sekolah nanti dan lebih baik dari aku. hehehe. Berbalik kepada tema, jasa ibu bapa kita cukup besar dalam mendidik anak untuk jadi seorang yang berjaya. aku cukup sayu ketika melakukan proses editing yang diselitkan dengan lagu hari raya. entahlah tiba2 aku teringat masa kecil ketika menyambut hari raya dalam keadaan serba sederhana. nak dapatkan sepasang baju raya baru pun susah, terpaksa menolong menjual kueh, air di pasar ramadan. aku tak merungut pun sebab memang dah paham keadaan kedua ibu bapa aku. Tahun ini aku beraya di Keningau dan Raya haji di Kubang Kerian Kelantan. Kepada sesiapa sahaja, member2, anak didik aku, silalah datang beraya di rumah aku. Akhir sekali ucapkanlah ribuan ampun dan maaf kepada insan yang paling bermakna dalam hidup kita selagi mereka bernafas. kepada mereka yang sudah tiada hanya doa diiringi . SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ikhlas dari GOMOGI Photography.

Art Director : Si Sang
Photographer : Mazlan
Editor : Mazlan
Lighting : Calsend

0 comments:

 

GOMOGI PHOTOGRAPHY Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template