Friday, July 31, 2009

LUNA

0 comments











31 Julai 2009 di kawasan SMK Bingkor sekali lagi aku shoot bagi memenuhi kehendak student 5UKM. Hari tu aku untuk pelajar lelaki, so.. tensionlah students perempuan.. so untuk adil aku shoot jugak tetapi aku x mau shoot streotaip yg sama dengan aku shoot hari tu. Aku dah plan dan cuba sketch skit2 apa komposisi dan moment yang aku mau. Alhamdulillah aku dapat apa yang di rancang, cuma shoot di tepi kolam x sempat buat kerana dah hampir jam 6 petang. Sebenarnya aku dan students 5UKM lepaskan tension setelah diaorang sekian lama bertungkus lumus menyiapkan folio. Aku pun tension jugak kerana hampir setiap hari kena datang bengkel untuk guide diorang. so habis pentaksiran aku bagitau students perempuan 5UKM untuk shoot ala poster filem. Diorang mmang sporting habis terutama Betria yang x aku sangka bleh berposing dgn natural. Nice post. Shoot ni jugak aku nak apply apa yang bro Suhaimi (Labuan) bagitau aku semasa lepak2 di kedai kopi Labuan. Paling terkesan dalam kepala otak aku, tentang statement " buat gambar" jangan " cari gambar". Apa beza buat gambar & cari gambar ?. Buat gambar maknanya kita dah plan siap2 apa gambar yg kita mau. plan ikut flow dan klu bleh sketch skit supaya kita x buang masa di lokasi. So kita akan cuba dpat shoot yang terbaik untuk hasilkan satu keping gambar yag memberi seribu makna. Cari gambar pula, kita tercari2 gambar dan di lokasi baru kita pikir apa yg nak shoot. mmg x akan dapat gambar yg memberi impak. kita tolak ketepi faktor LUCK, kerana takkan sebagai photographer kita bergantung kepada luck. sebaiknya kita gunakan element sekeliling untuk dapatkan shoot terbaik. Sebaiknya survey dulu lokasi yg kita nak shoot. klu yg ni x perlu survey lah sebab si sek aku.hehehehe. Selain itu titik beratkan element :
1. clean background
2. contrast object/ background
3. RO3
Oklah thanks a lot to :
Betria, Liselle, Siti, Earny, Ribka, Esther
Belakang Tabir : Sanggaria, calsend, jackley, jaswendy.
Geng Photographer : Fairuz, Sazali



Saturday, July 18, 2009

experiment

0 comments


upload lagi koleksi shoot ala iklan ni.

Thursday, July 16, 2009

EXPERIMENT

0 comments







Bosan sibuk dengan seliaan folio Reka cipta, aku ambil kesempatan shoot ala iklan dengan bantuan students 5UKM. aku bagi diorang release tension sebab dah berapa minggu siapkan artifak dan folio. so x dalah sakit mental diorang ni. Lokasi shooting di kawasan lalang dekat padang SMK Bingkor. aku mmg dah plan apa yang aku nak dari shooting ni. so x dalah buang masa pikir di lokasi pengambaran. kerjasama bebudak RC mmg sgt bagus dan cukup sporting. maklumlah kena ambil gambar. Tujuan aku shooting sebab lama dah x pegang camera dan outing outdoor ni kiranya lepas gian laa ni. secara teknikal aku guna 1 flash saja dan trigger dan ditambah dengan ambient light. aku cuba shoot dan edit macam otai DIDIZ ( fotokahwin) dan hasilnya aku puas hati walaupun hanya 60% yg menepati apa yang DIDIZ buat. bagi aku yang penting praktikkan apa yang kita blajar dari blajar2 tapi duduk diam x buat apa2. rugi ilmu yang diperolehi. peringatan untuk aku jugak. so thanks to all guys , SANGARIA, JACKLEY, CALSEND and JASWENDY.


Monday, July 13, 2009

My cause CIMB Foundation

1 comments

Hari ahad 12/07/09 aku dgn bingkor photog ( saidil, sazali , fazly) pergi ke KK untuk hadiri seminar photography ajuran CIMB Foundation. Tujuan sebenar penganjur adalah untuk bagi taklimat syarat2 pertandingan dan juga penerangan serba sedikit berkaitan dengan tema iaitu Komuniti, Sukan dan Pendidikan. Banyak aspek yang bleh di shoot dalam ketiga2 tema ni. jadi pilihlah mana yang berkenan di hati. Yang bestnyer hadiah pertama RM 30,00. WOW!!!!. pakcik kayoooo kalu menang.. angan jelah ni.. tapi yang penting pertandingan ini lebih kepada kebajikan dan tujuan utama CIMB ialah untuk menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Jadi adalah juga sumbangan kebaikan. Untuk workshop photography, saudara Amri Ginang ( Otai & pakar lighting) telah berkongsi ilmu photography dan cara2 nak shoot model. selain tu Bro Amri juga mengajar teknik editing di CS4. Banyak juga ilmu aku dapat dan x sia2 aku attend course ni wlpun datang dari jauh dan tengah malam baru sampai rumah. Gali ilmu.

Thursday, June 18, 2009

SHOOT MODEL

3 comments




Cuti sekolah tiada job wedding sempatlah aku shoot model dgn Mr Lyanglahart. model2 ni budak sekolah lagi dan aku puas hati kerana banyak ilmu yg aku dapat. macamana nak setting lighting, rim light, fill light, key light dan mcm2 lagi istilah. setup shoot ni simple saja, guna 3 speedlight ( 1x SB900, 1x SB800 dan 1x SB 600). semua setup power 1/1. cuma frust skit sebab bateri kong awal. shoot model ni sebenarnya banyak manfaat terutama klu nak serius dlm wedding photography. byk bleh apply. Gambar no 2 dari atas shoot di bengkel RC dan bebudak RClah yang jadi mangsa.heheh. ni namanya Sanggora ( bukan nama sebenarnya). simple setup, kebetulan aku ada kertas A3 di dinding untuk sudut galeri RC. so aku guna semaksimum mungkin. guna umbrella, 2 speedlight. semua set power 1/1. oklah layannn.

Sunday, May 24, 2009

MIOW

1 comments
ntah apa angin aku hari ni nak shoot gambar kucing jiran aku ni.. ni anak kucing jantan yang selalu merengek mintak makanan. Tuan dia asyik tutup pintu je camna nak makan. adus apa punya tuan daaa. kucing pun mau makan jugak. so x sampai hati jugak aku nak berlaku kejam, zalim, Zionis, Israel nak pukul @ rembat kucing ni bila curi ikan yang aku baru beli di Pasar. mmg naik angin mula2, tapi mujurlah nilai2 murni Tabligh masih ada..hehehhe. Kucing ni macam mintak simpati saja bila suruh berposing. mungkin dia ingat aku nak tempeleng dia.. mujurlah dia bagi kerjasama.. jadi sejuk skit hati aku ni..

p/s: apa daaa. kucing pun mau gaduh ka?..

Mr General Alpha

0 comments
Sesi strobist dgn berbekalkan speedlight SB900 ( 1/4) di sebelah kiri model , SB600 (1/16) di sebelah kanan dan built in flash --. guna commander mode. adjust level dan vignatte. Umbrella x leh nak guna takut jatuh dalam sg sekali dgn speedlight. rugi woooo. bungkus balik msuk beg.

Sungai Sabana

0 comments
Pagi Ahad 24/5/09 geng photog Bingkor buat sesi outing di sg Sabana. x ramai yg dpt join, hanya aku, general Alpha dan Sazali. apa2pun sesi berjalan dgn lancar dan dapat apa yg kami mau. sebenarnya sesi cam ni elok diadakan kerap kali untuk tajamkan mata photog ttg shoot/angle yg ada elemen WOW. Plan nak buat Strobist tapi model plak x da. so terpaksalah General jadi model. strobist buat kejap shj dan yg lain shoot slow shutter deruan air sg.

Thursday, May 21, 2009

CLS

2 comments
pertama kali shoot guna umbrella. SB900 di umbrella dgn power 1/64 di sebelah kiri model, SB 600 (1/64) disebelah kanan, built in flash 1/128. guna commander mode. edit skit level, color balance.

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU

0 comments


Bila 16 Mei semua masyarakat meraikan Hari Guru. Bagi seorang guru bukan hadiah diharapkan tetapi cukuplah sekadar ucapan TQ cikgu. bagi aku tugas seorang guru masa kini cukup mencabar dengan karenah pelajar dan guru perlu ' advance' sebab pelajar sekarang lebih canggih dan lebih info. X lupa aku nak ucapkan selamat hari guru kepada semua rakan guru dan kepada guru2 aku di Sk Kubang Kerian, SM Teknik Kuantan. Bila sebut Teknik Kuantan ni banyak aku belajar tentang kehidupan dan menjadi seorang 'manusia'. cikgu paling aku tension ialah cikgu HO, mengajar subjek Prinsip Akaun. paling garang dan banyak sgt denda yang kena buat. bayangkanlah 1 soalan salah kena buat pembetulan 100 kali. berapa banyak kertas kajang kena beli. kalu salah 10 soalan. alamak 10 x 100. pergh mana x tension. budak yang paling baik dalam kelas pun merungut. tapi mmg betul jiwa pelajar x paham apa sebenarnya disebalik seorang guru buat. bila result SPM keluar paling teruk pelajat Teknik Kuantan dapat gred 4. rata2 dapat A1. itulah penangan cikgu HO. Bila aku sendiri jadi cikgu walaupun sebenarnya bukan cita2pun, baru tau niat murni seorang cikgu walaupun terpaksa dimaki oleh pelajar dan ibu bapa. mana ada guru nak lihat anak didik dia gagal dalam exam. guru x kisah dgn masa, wang ringgit semata2 untuk pastikan anak didik dia berjaya. bila pelajar berjaya guru tetap seperti biasa, bukan dapat pingat perhargaan pun, jauh sekali mengharapkan habuan. Namun di lubuk hati kepuasan yg x boleh dinilai dengan warga ringgit. Malah seorang guru amat berbangga jika berjumpa denga seorang doktor, jurutera dll yg mana pernah dia didik. oklah aku nak bagi satu teka teki..
Ada 3 golongan manusia yang bleh beri arahan pada pemerintah tertinggi, contohnya Agunglah klu di negara kita : agak2 sapa hah ?... tetettteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet. masa dah tamat. jawapannya .....
1. Guru
2. Tukang gunting rambut
3. photographer
Kenapa ?
Jawapan :
Guru : Arah agung masa kecik di sekolah : buat kerja rumah chapter1.1. x siap pumping 20x. arahan tu..
Tukang gunting rambut : tunduk kepala skit agung, dongak, senget skit kpla. arahan tu..
Photographer : senyum, senyum,, tengok camera, badan jgn buat keras, buat biasa, natural je... arahan tu.
semua arahan tu... agung x murka dan baginda kena ikut..
Nota kaki : kalu seorang guru + photographer lagi besar kuasa dia.. yaaa aku berkuasa... gila kuasa..heheh

Monday, May 4, 2009

AHMAD FARIS NUR

0 comments

Ahmad Faris Nur. anak pertama aku. hobby suka main games ps2. nipun aku baru keluarkan sejak tahun lepas simpan sebab x terkawal. ni pun bleh main sekejap saja dan habis main simpan balik dan aku kunci. mmg budak cepat 'tangkap' bila main games. kekadang terpikir juga aku, x pernah ajar cara2 setting di komputer tapi faris ni bleh ubah setting dan macam2 dia dah ubah komputer bapak dia. mujurlah aku dah set desktop kat rumah dah jadi milik dia. so x lah tension sgt. satu lagi kalu tanya dia cita2 mau jadi apa, mesti dijawab nak jadi ' computer engineer'. klu cikgu tanya pun dia jawab benda yang sama.

DAYANG ARIBAH HANUN

0 comments
Dayang Aribah Hanun. empunya nama ni adalah anak buah aku. dia punyalah excited suruh ambil gambar dia sebab jelous adik dia Dayang Siti Aishah dah kena ambil gambar. so x adillah. kebetulan semalam celebrate mother day dan trus atur untuk shoot family dan individu. Kebetulanaku boring giler malam tu, so bagus shoot potrait sambil tambah skill mana yang blum mahir lagi. practice make perfect katakan. gambar ni di ambil di ruang tamu rumah mentua aku. simple setup saja, 2 flash (SB 600 slave, SB 900 master), reflector. dua2 flash guna manual dan commander mode ( built in flash 1/128, slave 1/64/ master 1/64). aku x da lagi light stand, so si Awang lah jadi mangsa tukang pegang flash dan reflector.

Thursday, April 30, 2009

MODEL REKA CIPTA

0 comments







Students 5 ukm sedang membuat model masing2 berdasarkan lakaran yang telah dilukis. Pelajar Reka cipta 5UKM merupakan generasi pertama dan penentu samada result SPM 2009 ni lulus 100% atau sebaliknya. Semua pelajar RC begitu komited dengan tugasan masing2 dan memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan memperolehi markah folio yang tinggi. Sebelum ni pelajar hanya melakukan lakaran dan perbincangan di bawah pondok tepi kolam. tapi dengan siapnya wiring di bengkel Rc, senanglah kerja, taklah bermandi peluh semata2 untuk menyiapkan model. Ada pelajar bila bab menulis dan melakar lambat pergerakannya tapi bila mula buat model. laju pulak. mungkin lambat panas agaknya. Shooting ini dilakukan di bengkel RC SMK Bingkor dengan berbantukan Speedlight baru ( SB 900).yesss.. senang kerja namun SB 600 tetap menjadi pujaan walaupun dah jadi bini kedua. (sayang mau jual woooo... banyak berjasa masa shoot wedding).


Sunday, April 26, 2009

krs

0 comments
Sanggaria msg.. mana gambar dia. so inilah gambarnya. ada lagi stok tapi kena tunggu sebab x ada masa lagi nak edit.

K.R.S

0 comments



2nd upload K.R.S camping. kali ni aku cuba bereksperimen dengan color balance dan layout frame ala scott kelby. mmg buku scott Kelby banyak membantu dalam 'mengodek cs3' aku dan di tambah dengan nota2 dari fotomedia. walaupun buku order dari Amazon ni mahal tetapi bagi aku memang berbaloi dengan panduan yang lengkap dan senang difahami. lagipun bukan senang nak dapat ilmu tanpa pengorbanan masa dan wang ringgit. Ilmu takkan habis walaupun diteroka setinggi gunung everest dan sedalam jurang Mariana. cewah bleh buat kata2 hikmah ni. Balik pada gambar di atas ni, aku dah stanby dengan tripod sebab dah plan nak ambil gambar air sungai dengan slow shutter speed. walaupun x dapat terlampau slow sebab overexpose, mujurlah dibantu dengan filter CPL. mmg berguna CPL kalu nak ambil gambar sungai, laut atau langit. Harganya pun taklah mahal sangat. kepada photog. silalah beli.hehehe (meracun yang baik ).


KRS

0 comments


aku terlibat dengan perkhemahan KRS sebagai jurulatih aktiviti air dan aras tinggi. so dalam sibuk buat aras tinggi ni sempat lagi shoot guna reflector. dah macam melekat reflector dengan beg kamera aku ni. mmg aku suka guna reflector kalau nak shoot model @ group. apa guna beli kalau x guna. lagi satu yang penting bila blajar ari forum @ buku, mestilah kena praktis lagi dan lagi sampai dapat apa yang dimahukan. mmg bebudak Krs cukup sporting dan berminat untuk bergambar ni. pantang di offer mesti ramai yang angkat tangan. so mudahlah kerja photographer.


Tuesday, April 21, 2009

scout 2

0 comments

lepas kem Kepimpinan + jurulatih di Pamilaan aku terkulai jap. penat wooo. tapi bab photography hilang penat. betullah orang kata klu passionate smua bleh jadi. ni gambar di kira lama masa bebudak scout camping di Bunsit. so aku layan texture selepas google cari texture yang sedap mata memandang.

Sunday, April 19, 2009

BINGKORIAN

0 comments







last minute plan nak buat CLS guna commander mode. x guna trigger. Bebudak peserta kursus Kepimpinan SEMEKEB ni tengah tunggu aktiviti burung hantu @ jalan2 malam dan duduk sorang2. so aku ambil kesempatanlah guna model x berbayar ni untuk menjayakan sesi shooting CLS ni. Sebenarnya aku cuba apply apa yang aku belajar dari Bro Azhar Ariff dan teleti teknik2 yang dia guna. Memang ramai yang anggap nak shoot satu gambar semudah tekan shutter dan lihat hasil di LCD. ramai juga beranggapan beli camera yang beribu riban untuk menghasilkan gambar yang WOW. tapi ramai yang kecewa. sebab camera hanyalah satu gear dan bergantung kepada tuan punya untuk explore apa yang terpadat dalam camera tersebut. so ilmu tersangatlah penting. dah melalut pulak dah ni. continue....... shoot guna hanya satu flash saja (flash lapuk ) yang di letakkan di sebelah kiri dan guna built in flash. guna manual.


Thursday, April 16, 2009

DAYANG SITI AISHAH

0 comments
Up satu lagi gambar Ecah berposing di rumah Uwanya di Kg Bayangan. Shooting x dirancang pun dan spontan. kebetulan aku bawa camera dan reflector. ecah ni jenis senang dan x malu nak berposing depan kamera. jadi x hairanlah dia selalu wakil sekolah dalam pertandingan pidatolah, drama, bercerita, nasyid. bleh kata memang aktiflah budak ni..

Wednesday, April 15, 2009

Dayang Siti Aishah

0 comments

Anak saudara aku yang sangat minat jadi model muslimah..hehehe. jadi senang keja aku nak apply apa yang aku belajar di photoskool. gambar ni guna gold reflector dan CLS.

Friday, April 3, 2009

SUNSET

0 comments

location : Tg Lipat
f10
s/speed : 1s
wb : Kelvin
17mm

macam- macam

0 comments
bebudak perkhemahan KRS & Ngo peringkat negeri di Pusat Ko Sabah
warga emas kg Malanggang Kiulu di jambatan gantung yang baru siap dibina


guru merenung jauh menunggu bila agaknya di hantar pulang ke Semenanjung

Saturday, March 28, 2009

scout2

0 comments
cewah ..berposing di tepi sungai Bunsit.

Budak KoloH

0 comments




Boring x da apa nok buat, aku gi shoot bebudak scout tracking ke Bunsit. yg satu lagi ni bebudak RC masa kelas tambahan. kebetulan bawa kamera, so apalagi tembaklah tambahan lagi try reflector baru.

 

GOMOGI PHOTOGRAPHY Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template